Batik adalah salah satu jenis tekstil atau kain
yang dihasilkan melalui proses menerap lilin cair dan mencelup warna. Batik
merupakan kraf tradisional yang terkenal di Kelantan dan Terengganu.
Batik merupakan sesuatu yang dikategorikan unik disebabkan 2 perkara,
iaitu :
1. Rekaan corak batik
2. Teknik dan proses membatik
Secara umum, terdapat 2 jenis batik, iaitu Batik Tradisional dan Batik Moden. Batik
tradisional dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mencelup warna.
Batik moden dihasilkan melalui proses melakar corak lilin dan mewarna
menggunakan berus. Batik pada masa kini dihasilkan dengan kaedah cetakan
skrin menggunakan mesin cetak.
No comments:
Post a Comment
Sila La Comment